Wednesday, June 30, 2010

Salam kembali

Assalamualaikum,




Lama sudah ana tak update blog ana ni, so, nampak kekok pulak. dah lah lama tak update. tapi Insya Allah, ana akan aktifkan kembali seperti biasa. Dengan siraman rohani & jasmani demi untuk memperatkan ukhuwah antara kita. Berjumpa lagi di lain masa & waktu. salammmm

Sunday, January 17, 2010

Apakah kita semua bersedia untuk menuju ke alam ...??

Awan sedikit mendung, ketika kaki-kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu isyarat merah ketika itu.

Baju merahnya yang agak lusuh melambai-lambai di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tangan kanannya memegang ais krim , sementara tangan kirinya memegang erat tangan ayah yang memimpinnya.

Yani dan Ayahnya memasuki kawasan perkuburan awam Kg Haji Mat, berjalan menuju ke sebuah pusara tua lalu duduk berhampiran dengan sebuah batu nisan yang diatasnya tertulia “Hajjah Rogayah binti Muhammad 19-Okt-1915 :  20-Okt-1965″



“Nak, ini lah kubur nenek mu. Mari Kita berdoa untuk nenek mu yer”.

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru ayahnya yang mengangkat dan menadah tangan ke atas . Yani juga turut memejamkan mata seperti ayahnya. Sia mendengar setiap patah ayahnya yang sedang khusyuk berdoa untuk neneknya…

“Ayah, nenek masa meninggal dunia, umur nya 50 tahun kan ayah?” .

Ayahnya mengangguk sambil tersenyum. Ayah memandang pusara itu  dengan penuh rasa kerinduan pada ibu nya.

“Hmmm, maksudnya nenek sudah meninggal 42 tahun kan ayah..?”

Kata Yani berlagak sambil matanya menerawang, berfikir membuat kiraan dan jarinya cuba menghitung.


“Ya,nenekmu sudah di dalam kubur selama 42 tahun … ”

Yani menolehkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, memandang sekeliling, melohat banyak kuburan di sana-sini.

Di sebelah kubur neneknya, ada sebuah kubur tua yang sudah berlumut tertulis “Muhammad Zaini : 19-Feb-1882 : 30-Jan-1910 ”

“Hmm… Kalau kubur itu, orangnya sudah meninggal dunia 106 tahun yang lepas kan ayah?”, jarinya menuding ke arah sebuah nisan betul-betul di sebelah kubur neneknya.

Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya mengusap-usap kepala anak tunggal yang sangat di sayanginya itu.

“Yaa betul lah tu, kenapa adik bertanya begitu?” kata si ayah sambil merenung mata anaknya.

“Hmmm, kelmarin kan ayah ada beritahu selepas adik mengaji quran dengan ayah, bahawa kalau kita mati, tapi kita banyak dosa dan tidak sempat bertaubat sebelum ajal kita, maka kita akan disiksa oleh Allah di neraka kelak” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

“Betul kan ayah?”

Ayahnya tersenyum, mendengar celoteh anaknya yang bijak itu.

“Yaaa, jadi apa yang adik fikirkan?”

“Iya lah… Kalau nenek banyak dosanya, bermaksud nenek sudah disiksa di kubur ini sejak kira-kira 42 tahun yang lalu kan ayah? Tapi kalau nenek banyak pahalanya, bermaksud,  sudah 42 tahun lah nenek berehat dan berasa aman tenteram di dalam kubur. Begitu kan ayah?”

Yani terkelip-kelip memandang wajah ayahnya menunggu jawapan kepada pendapat yang dilontarkannya.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak sedikit berkerut di keningnya, tampak seolah-olah dia agak terganggu dengan soalan anaknya itu.

“Yer nak, betul lah apa yang kamu katakan. Kamu memang seorang anak yang bijak” jawab ayahnya pendek.

Balik dari menziarah kubur, ayah Yani tampak begitu gelisah di atas sajadahnya. Dia begitu terkesan dengan kata-kata anaknya siang tadi. Dia memikirkan apa yang dikatakan anaknya dengan penuh keinsafan. “42 tahun hingga sekarang. Kalau kiamat datang 100 tahun lagi…142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur ….” Lalu si ayah tertunduk …menitiskan air mata keinsafan…

Kalau dia meninggal dunia .. tetapi membawa banyak dosa …dan kiamat pula 1000 tahun lagi belum tentu terjadi, bermaksud dia akan disiksa di dalam kubur lebih dari 1000 tahun?

“Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’un”. Air matanya semakin banyak menitis. Sanggupkah dia diseksa selama itu? Itu kalau kiamat akan datang lagi 1000 tahun, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu dia terpaksa menderita disiksa menunggu kiamat tiba di dalam kuburnya.

Apa selepas azab kubur, akan menjadi lebih baik? Bukankah akan jadi lebih parah lagi?

Tahankah aku? Padahal terkena percikan minyak panas pun sudah meronta-ronta menjerit kesakitan. Sakit gigi di malam hari pun terasa dunia seperti sudah tiada maknanya lagi dunia yang ada. Maka tahankah aku dengan siksaan kubur dan api neraka?

Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku selama ini. Si ayah semakin menunduk, air matanya berlinangan, menitis hingga ke janggutnya.

“Allahumma as aluka khusnul khootimah…” Berulang kali dia mengucapkan DOA itu hingga serak suaranya. Merintih merayu memohon keampunan kepada Tuhannya.

Dia berhenti sekejap ketika terdengar batuk anaknya Yani yang tidur berhampiran tempat solatnya.

Dihampirinya Yani yang tertidur lena di atas katil, mungkin disebabkan keletihan mengikutnya menziarahi kubur tadi. Si ayah lalu membetulkan selimut anaknya.

Yani terus tertidur…. tanpa mengetahui, betapa si ayah sangat terkesan dengan kata-katanya. Si ayah sangat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya akan erti kehidupan yang sementara ini. Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan yang menipu daya.

“Tuhan leraikanlah dunia,
Yang mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidakku mampu,
Mengumpul dua cinta…
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh”

“Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku…”

Perbezaan antara RON95 dan RON97

Akhir-akhir ini Malaysia dikecohkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Mulai 1 September lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sekali lagi. Selain itu, kerajaan juga telah menggantikan penggunaan minyak RON92 kepada RON95.



Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).

  • RON 97 : RM2.05



  • RON 95 : RM1.80


Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?

Mungkin ada ramai yang mengatakan minyak RON95 adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebab itu ia lebih murah. Ada pula mengatakan minyak RON95 mungkin akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON95 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.

Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,mari kita fahami apakah maksud sebenar RON.


RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.

Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).

Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.

Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.

Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.

Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.

Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput,he he he…

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :





Kisah Neraka Jahannam

Assalamualaikum, salam mesra untuk pengunjung semua. Semoga anda semua berada dalam lindungan dari RahmatNya. Kali ini ana bingkaikan kisah Neraka Jahannam ini untuk kalian dan buat peringatan diriku jua.
Hayatilah, selamilah ia dalam-dalam akan kekuasaan dan kebesaranNya.


Dinukilkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.


Dinukilkan juga dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.


Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,


“Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”


Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat…”


Dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :
“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.


Maka, apabila kita mendengar tentang cerita2 neraka ini, apakah yang kita fikirkan? Apakah hati kita berasa gentar dengannya? Atau kita hanya sekadar mendengar cerita-cerita ini sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? Apakah sikap kita apabila mendengar berita-berita peringatan tentang kehidupan selepas mati??

Saturday, January 2, 2010

Mulianya hati seorang anak





Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”


“Betullah Pah oii…….. Saya in baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Mana Kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, Kita mintalah tolong dengan Muaz Dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.”

Wajah Pak Uwei semakin berseri-Seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak Kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni Kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan Kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,”

Pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil Dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa Dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang in lain benar dari abang Dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau in!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. Aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. 

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.


“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
 

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni tan, buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”

“Habis tu?”

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah! Awak dengar tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..”

“Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”

Friday, January 1, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 Masihi....

Assalamualaikum kepada semua pembaca .....


Rasanya belum terlambat lagi bagi diri saya untuk mengucapkan " Selamat Tahun Baru 2010 M kepada semua pembaca. Sekejap rasanya tahun 2009 telah pun berlalu begitu pantas. pejam dan celik, tidur dan buat kerja, tak sedar rasanya dah masuk tahun baru 2010. Begitu juga dengan tahun Hijrah, sedar tak sedar, dah pun masuk tahun baru jugak. yakni tahun 1431 H. Jadi, saya mengharapkan azam kita semua pada awal tahun Masihi ini, lebih kurang sama pada awal tahun Hijrah juga ( Kemarin ). Kita harus berusaha agar tahun Masihi kita ini lebih kepada islami, sama seperti tahun hijrah yang kita sedia maklum. Kita kan nak pahala, ganjaran syurga , ingin mendapatkan keredhoan Allah dan banyakk lagi. So, sama - samalah kita berusaha ya. kita pasti boleh, Muslim boleh.


Sesungguhnya setiap amal perbuatan dimulai dengan niat. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan,  Assalamualaikum.....




Doa Selamat !!!!!


Ya Allah Ya Tuhan Kami


Dipagi yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, kami menadah tangan kehadratMu Ya Allah
Agar Engkau memberkati perkahwinan di antara 


Malik Faisal Bin Haji Abdul Wahab
dan pasangannnya
Siti Farhana Binti Mohamad Sha'ari


Semoga kedua mempelai ini dilimpahi dengan penuh kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan 
serta Engkau kukuhkan  dan pereratkanlah hati kedua-dua mempelai ini agar
berkasih sayang di antara satu sama lain.
Kurniakanlah kepada mereka berdua taufik dan hidayah dalam menuju ke jalan keamanan dan kesejahteraan.


Ya Allah Yang Maha Pengasih


Kau pereratkanlah hubungan kedua mempelai ini sepertimana Engkau pereratkan hubungan dan kasih sayang antara Nabi Adam dan Hawa.
Kekalkan dan teguhkanlah rumahtangga kedua mempelai ini sepertimana Kau kekalkan dan teguhkan hubungan Nabi Ibrahim dan isteri beliau Siti Hajar
Kau semaikan benih kesetiaan mempelai ini sepertimana Engkau semaikan benih kesetiaan  pada diri Nabi Sulaiman dan Balqis
Kau bahagiakan kedua mempelai ini sepertimana Kau membahagiakan Nabi Yusuf bersama isterinya Zulaika.
Kau tanamkan serta wujudkanlah kemesraan kekeluargaan mempelai ini sepertimana Kau tanamkan serta wujudkan kemesraan keluarga kekasihMu Muhammad s.a.w. dan isteri baginda Saidatina Khadijah.
Dan Ya Allah ! 
Muliakan rumahtangga kedua mempelai ini serta jadikan ketenangan dan ketenteraman  pada hati mereka berdua sehingga ke akhir hayat sebagaimana kau telah pun memberikan " MAWADDAH, ROHMAT DAN SAKINAH " ke atas keluarga Saidina Ali dan Saidatina Fatimah.


Ya Allah Yang Maha Penyayang..


Dengan limpah dan inayah serta kurniaMu jua, kami sebagai hamba-hambaMu yang lemah lagi da'if ini, dengan rasa berendah hati, memanjatkan kesyukuran serta bertawadu' di atas segala nikmat dan rahmat yang telah Kau limpahkan serta curahkan ke atas kami. Ampunkanlah kami serta kedua ibubapa kami dengan kemaafan dan keredhaanMu Yang Maha Luas serta tidak terbatas.


Ya Allah


Jadikan majlis kami pada pagi yang mulia ini seperti yang kami kehendaki dan menjadi majlis yang Engkau berkati dan rahmati. Tunaikanlah segala hajat dan cita-cita kami dan juga kedua mempelai yang kami ra'iekan ini dengan beberapa kebajikan.Harapan kami, semoga rezeki yang telah Kau limpahkan kepada kami harap dimurahkan, semoga umur yang telah Kau anugerahkan kepada kami harap dilanjutkan, semoga segala kesalahan yang telah kami lakukan harap dimaafkan dan semoga segala hajat dan cita-cita kami harap dapat ditunaikan....

Mari ketawa dulu... Wekeke !!!!


1) MAMAK DAPAT ANAK
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

2) KISAH 2 EKOR BURUNG.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

3) BELAJAR BAHASA ENGLISH
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '

4.ANAK SIAPA ??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

Sekadar untuk melepaskan tension ajak. Assalamualaikum

Berita Luar Negara - Khazanah Berharga Dari Yaman 1

 
"NAMA RASMI                          :        Republik Yaman

IBU NEGARA:   Sana’a -      dengan kepadatan penduduk melebihi 2 juta orang dan ketinggian melebihi 2,300 meter dari paras laut. 

BANDAR-BANDAR UTAMA:     Hudaidah, Hadhramaut, Aden, Mukalla, Ta’iz, Ibb, Sa’adah, Ma’arib dan Sai’un. 


KERAJAAN DAN PENTADBIRAN: Berbentuk republik dan diketuai oleh Presiden Ali Abdullah Saleh serta dibantu oleh Parlimen yang diketuai oleh Perdana Menteri. Yaman terdiri daripada 17 wilayah, setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah mempunyai beberapa zon. Wilayah- wilayah tersebut adalah Sana’a, Aden, Taiz, Hudaidah, Hadhramaut, Sa'adah, Jouf, Ma’arib, Mahra, Shabwah, Abyan, Baidha’, Zamar, Ibb, Lahaj, Mahwit dan Hajjah. 

MATA WANG:    Riyal Yaman    -  nilai pertukaran YR207.00 = USD1.00 pada bulan Disember 2009 (tertakluk pada perubahan semasa).

KEDUDUKAN GEOGRAFI:    -   Republik Yaman terletak di pinggir Barat–Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia ). Ianya berkedudukan di antara garis lintang 12 U – 20 U dan garis bujur 41 T – 54 T. Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur dan Laut Merah di sebelah barat.Bentuk muka buminya terbahagi kepada lima bahagian: pergunungan, dataran tinggi, dataran pantai, gurun padang pasir dan kepulauan. 

MASA:
Republik Yaman terletak di garis GMT +3 iaitu tiga jam lebih awal daripada Greenwich.


KELUASAN:          -          555,000 km persegi. 

KETINGGIAN:   -  Mencapai 3,700 meter atau lebih 12,000 kaki dari paras laut.


CUACA:     -   Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah-wilayahnya.Dalam musim sejuk, suhu di kawasan pergunungan mencatat -14 C hingga –15 C manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk.Pada musim panas suhu di kawasan pengunungan mencatat 19 C hingga 22 C. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah mempunyai suhu panas dan lembab mencapai 42 C hingga 45 C.Pada musim luruh pula semua kawasan menerima hujan. 

PERATURAN MASUK:     -  Visa masuk ke Yaman boleh didapati dengan mudah daripada Kedutaan atau Konsul Yaman di negara tempat anda menetap dengan bayaran tertentu. Di negara yang tidak terdapat kedutaan Yaman, pelawat boleh mendapatkan visa transit untuk 30 hari dengan kemungkinan untuk di perbaharui di pintu masuk. Tempoh maksimum menetap adalah 90 hari. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan. Bagi rakyat Malaysia boleh mendapatkan visa pelancong selama 60 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a. 


PINTU MASUK:
Republik Yaman boleh dimasuki melalui Lapangan Terbang Antarabangsa di Sana’a, Aden, Hudaidah, Rayan dan Taiz. Manakala pelabuhan pula melalui Hudaidah, Mokha-Laut Merah, Aden-Teluk Aden, Mukalla dan Nashtun-Laut Arab. 


SEJARAH
Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Di antaranya ialah “Arab Felix” dan di dalam lagenda lama Yaman dikenali sebagai Negara Selatan, Negara Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna. Ada sesetengah pendapat mengatakan perkataan Yaman diambil daripada nama seorang pemerintah Yaman iaitu Aiman bin Ya'arup bin Qahtan seorang lagenda Arab kuno. Ramai orang-orang Arab mengatakan perkataan Yaman diambil dari perkataan Ya,mim, nun (YAMN) yang bermakna rahmat, berkat dan makmur iaitu bersamaan dengan nama “Arab Felix”. Sesetengah pendapat mengklasifikasikan perkataan Yaman diambil dari “yumna” yang bermakna Arab dari kanan Ka’abah. Orang-orang dari timur mengatakan ianya arah ke hadapan iaitu sebelah kanan kepada arah yang betul. Sebabnya arah kanan merupakan satu simbol atau lambang kepada kejayaan dan keberuntungan. Sesetengah orang Arab sendiri termasuk orang-orang Yaman beranggapan perkataan ‘al- Sham’ ialah utara dan ‘al- Yaman’ ialah selatan dan pada hari ini ianya dikenali sebagai Republik Yaman.


Sekadar penambahan ilmu geografi. Insya Allah, kita akan bertemu  lagi dalam siri Berita Luar Negara -Khazanah Berharga Dari Yaman 2 ( Tempat - tempat menarik ). Assalamualaikum...

Wakil Rakyat Yang Berumur Sepuluh Tahun


"Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah pemerintah Islam di zaman Bani Umaiyah. Suatu hari wakil dari setiap jajahan telah menghadap baginda untuk melaporkan keadaan di jajahan masing-masing.

Jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya dan diarahkan berucap terlebih dahulu. Setelah melihat wakil itu seorang budak, Khalifah Umar bertanya: "Wahai budak, biarlah orang-orang yang lebih tua berucap terlebih dahulu. "

Mendengar teguran Khalifah itu wakil yang masih budak ini lantas menjawab: "Ya Amirul Mukminin, manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara, iaitu hati dan lidahnya. Apabila Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang arif, orang itu lebih berhak bersuara. Jika di pandang dari segi umur, ketahuilah hai Amirul Mukminin! Ada orang yang lebih berhak untuk duduk di atas takhta Paduka Tuan itu." Khalifah amat terkejut mendengar jawapan itu. Ternyata kata-katanya itu bernas sekali, hingga baginda sedar atas keterlanjurannya: "Benar katamu wahai wakil yang terhormat. Cakaplah bagaimana keadaan negerimu sekarang?"

Ya Amirul Mukminin, yang kami hormati, kami adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan, bukannya kecelakaan. Kami mengadap Tuanku bukan kerana hendak mengadu hal negeri kami yang tidak aman, sebaliknya kami telah memperolehi apa yang telah kami mohonkan di bawah naungan Tuanku yang adil." Khalifah Umar r.a. merasa hairan melihat betapa fasih dan bijaknya budak itu berucap, lalu baginda bertanya: "Berapa umurmu wahai wakil yang bijaksana.?" Jawab budak itu: "Sepuluh tahun Tuanku."



Sekadar renungan. Sama - sama kita fikirkan. Assalamualaikum..